Oleh: Ahmad Henry
Gembira benar Pak Pandir mendapat rumah baru. Sebuah flat di tingkat 46. Flat tersebut adalah pemberian calon Ahli Parlimen di kawasannya beberapa hari sebelum satu Pilihan Raya Kecil berlangsung.
Nak di jadikan cerita, . . . satu petang, Pak Pandir meronda-ronda di sekitar aras rumahnya. Nampaklah oleh beliau sebuah lift. Pak Pandir sebenarnya selalu melihat lift dalam drama TV dan internet. Namun belum pernah mengendalikan lift seorang diri. Jadi, Pak Pandir menggunakan peluang itu untuk 'menaiki' lift. Kebetulan, Mak Andih ketika itu sedang menghadiri kelas senaman.
Setelah masuk ke dalam lift, Pak Pandir menekan semua butang-butang yang ada pada dinding lift. Jadinya, setiap tingkat lift itu akan berhenti. Hairan Pak Pandir melihat keadaan tersebut. Sebab, masa dia menaiki lift dengan Mak Andih , keadaan macam tu tak berlaku. Hangin Pak Pandir.
Tiba-tiba lift berhenti. Tak bergerak ke atas, ke bawah. Pak Pandir Gelabah. Lampu pun tiba-tiba padam. "Apa nak jadi aku ni?", keluh Pak Pandir kepada dirinya sendiri.
Setelah hampir setengah jam mengharap keajaiban, Lift masih tidak bergerak. Pak Pandir mula menangis sambil menyebut-nyebut nama Mak Andih. Henset pula lupa bawa. Diketuk-ketuknya dinding lift sambil menjerit meminta pertolongan. Namun usahanya hanya sia-sia. Takde siapa yang mendengar.
Dua jam sudah berlalu. Keadaan masih sama. Pak Pandir benar-benar buntu memikirkan apa yang akan berlaku. Beliau tahu hari semakin menghampiri senja. Apakah sesenja usianya? Fikirnya.
Oleh kerana usahanya hanya sia-sia, dan tiada siapa yang mendengar jeritannya meminta pertolongan, akhirnya Pak Pandir telah pergi ke balai bomba untuk meminta pertolongan.
"Encik bomba, . .saya bla bla dan bla bla . . .", kata Pak Pandir kepada anggota bomba yang menjaga kaunter. Fahamlah para anggota bomba apa yang berlaku terhadap Pak Pandir.
Beberapa anggota bomba kemudiannya dikerahkan untuk memberi bantuan kepada Pak Pandir. Maka selamatlah Pak Pandir.
SEKIAN . . .
Categories:
Cerita Pak Pandir

.gif)
0 comments:
Post a Comment