Salah satu kayu ukur pemerintah yang berkesan ialah, apabila dia ada atau tidak, akan meninggalkan kesan.
Pemerintah yang tidak perlu dipakai ialah apabila dia ada atau tidak, negara dok lagu tu juga.
Banyak pihak mendakwa orang melayu tidak pandai berpolitik. “Bila Melayu berpolitik, mesti berpecah”. Bagi media arus perdana, kesalahan akan diletakkan di bahu parti politik pembangkang Melayu. Media sejak dahulu cuba membina gambaran bahawa parti Melayu ialah UMNO. Orang melayu tidak perlu parti lain selain UMNO. Parti Melayu selain UMNO ialah “pengkhianat bangsa”. Ini ialah imej yang dibina oleh orang Melayu dan media arus perdana sejak lama dulu.
Aliran yang bersetuju dengan pandangan di atas melihat bahawa Pas merupakan gerangan perpecahan bangsa Melayu ini. Pas menjadikan orang Melayu terpecah kepada dua kelompok iaitu penyokong UMNO, dan penyokong Pas. Pas juga dianggap sebagai parti Melayu yang mempergunakan Islam demi kekuasaan selain sering menolak perpaduan dengan UMNO. Pandangan ini dikuatkan lagi dengan penggabungan Pas di dalam Pakatan Rakyat yang di dalamnya terkandung DAP. Malah, Pas mewujudkan dewan himpunan penyokong Pas yang terdiri daripada orang bukan Islam. Soalannya, benarkah Pas merupakan parti gila kuasa dan menjadi punca perpecahan Melayu?
Pas Bukan Parti Badut
Pas merupakan parti yang lahir daripada gerakan Islam Hizbul Muslimin pada 1948. Diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Hizbul Muslimin mengerakkan perjuangan kemerdekaan dengan bermatlamatkan penubuhan negara Islam. Ini menimbulkan keresahan kepada British kerana mereka tidak mahu Malaya menjadi sebuah negara Islam. Lalu Hizbul Muslimin ditekan pada segenap penjuru. Hasilnya, Hizbul Muslimin diharamkan dan akhirnya terbubar beberapa bulan selepas itu.
Bekas ahli Hizbul Muslimin kemudiannya menyertai UMNO. Matlamat dan perjuangan mereka tetap sama iaitu menuntut kemerdekaan dan menubuhkan negara Islam. Menurut Profesor Badlihisham dalam bukunya, Dinamisme Gerakan Islam Cabaran dan Semasa, usaha yang dilakukan oleh mereka ini sebagai ‘melaksanakan pengislaman dari dalam sistem’. Ini bererti, mereka perlu mengubah dasar perjuangan UMNO yang bermatlamatkan Ketuanan Melayu supaya beralih kepada perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia.
Usaha itu ternyata gagal. UMNO tetap dengan dasar Ketuanan Melayunya. Tidak ada tanda-tanda UMNO akan membina negara Islam jika kemerdekaan dicapai. Sebaliknya, UMNO menjalankan dasar toleransi dalam banyak perkara dengan British demi mendapatkan kemerdekaan. Dasar toleransi ini kemudiaanya diterjemahkan dengan frasa “merdeka tanpa pertumpahan darah”, sebagai menunjukkan bahawa UMNO bijak memperjuangkan kemerdekaan tanpa perlu pertumpahan darah. Dari frasa itu jugalah lahirnya Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini.
British sangat menyenangi UMNO dengan dasarnya itu. Tidak seperti gerakan kemerdekaan lain seperti PKMM, API, AWAS, PUTERA, dan lain-lain yang mahukan kemerdekaan dengan membebaskan sendiri tanah air tanpa perlu terikat dengan negara penjajah lagi. Namun, usaha ini memerlukan pengorbanan nyawa. Hari ini meskipun kita merdeka, tetapi kita masih terikat di bawah komanwel.
Oleh kerana ruang untuk menegakkan Islam di dalam UMNO semakin sempit, golongan agama yang dahulunya melihat boleh hidup bersama UMNO akhirnya akur dengan hakikat bahawa mereka perlu keluar dari parti itu. Pada 14 Novermber 1951, lahirlah Parti Islam Se-Malaya (Pas) hasil daripada Muktamar Ulama ketiga anjuran UMNO di Butterworth, Pulau Pinang. Haji Ahmad Fuad Bin Hasan dipilih menjadi Yang Dipertua Pas yang pertama. Beliau merupakan antara ahli UMNO yang keluar dari parti itu dan menyertai Pas selain Haji Ahmad Maliki.
Pas ditubuhkan pada awalnya untuk memperjuangkan kemerdekaan Negeri Melayu. Tetapi pada 1955, Pas membuat keputusan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik dan menyertai politik arus perdana sebagai wadah untuk menegakkan Islam di Malaysia.
Bersatu Bukan untuk Menjadi Kufur
Pas menyedari bahawa Islam mengajarkan umatnya bersatu padu demi menegakkan syiar Islam. Sebaliknya bukan bersatu padu menjadi golongan yang ingkar. Setelah lebih 60 tahun memperjuangkan nasib orang Melayu, tidak ramai orang Melayu yang menjadi mulia kerana Islam. Islam orang Melayu di bawah UMNO hanya ada pada institusi seperti tabung haji, UIAM, bank Islam, dan bangunan-bangunan lain yang ‘diislamkan’. Dari segi akhlak dan nilai diri, kita boleh nilaikan sendiri apa jadi pada orang Melayu khususnya para remaja pada hari ini.
Pas sentiasa menyatakan kesediaan bersatu dengan UMNO asalkan UMNO sedia menukar perundangan negara kepada perundangan Syariah seperti yang sudah dilaksanakan oleh Kerajaan Acheh. Malangnya, UMNO menolak dengan alasan masyarakat Malaysia ialah berbilang kaum. Penolakan UMNO terhadap undang-undang Islam menyebabkan Pas menolak kerjasama dengan UMNO.
Pas beralih kepada langkah berisiko iaitu bergabung dengan sebuah parti bukan Melayu (DAP) dan sebuah parti yang kebanyakannya bekas ahli UMNO (PKR). Pas tidak ada masalah dengan parti reformis PKR sebaliknya berhadapan cabaran besar menghadapi DAP. Namun, segalanya Pas lakukan dengan harapan bahawa orang bukan Islam akan faham Islam sekiranya penjelasan diberikan kepada mereka. Pokok pangkalnya ialah dakwah dan memberi penjelasan. Pas cuba menjadi parti dominan dalam Pakatan meskipun ia cabaran yang agak berisiko.
Justeru, kesediaan Pas masuk Pakatan cuma berlegar kepada persoalan kemampuan Pas menjadi dominan. Bukan persoalan menjual Islam demi kekuasaan seperti yang didakwa oleh UMNO dan medianya. Sepatutnya orang Melayu khususnya media membantu Pas memberikan kefahaman kepada rakan bukan Melayunya dalam Pakatan supaya mereka bersedia menerima undang-undang Islam. Malangnya, media sekadar menakut-nakutkan orang Melayu kononnya Islam dan Melayu sudah terancam ekorang tindakan Pas itu. Inilah kerja Melayu UMNO dan medianya setiap hari.
Kata Dulang Paku Serpih
Pada masa UMNO dan media mereka memainkan sentimen bahawa Pas lebih rela bersatu dengan orang kafir berbanding Melayu dalam UMNO, parti UMNO sejak puluhan tahun dulu telah terlebih dahulu bersatu dengan MCA semata-mata untuk mengurangkan persaingan dengan parti milik Tun Hisein Onn ketika itu. Kemudiannya diikuti oleh penggabungan dengan MIC beberapa tahun kemudiannya. Ini tidak dipersoalkan oleh orang Melayu dalam UMNO dan media arus perdana.
Media cuma berminat untuk menuduh Pas sebagai parti yang menjual Islam untuk politik, menjadi juak dan barua DAP, dan sebagainya.
Amat malang kerana mereka yang mempunyai pemikiran sealiran itu termasuk dari kalangan golongan terpelajar yang terperangkap oleh media percuma di perpustakaan, blog, laman web, dan bahan-bahan bias melulu ke arah parti pemerintah. Mereka lupa membuka buku-buku tebal tulisan SH ALATAS, Prof Aziz Bari, SH Ali, Adnan Bin Nawang, Prof. Badlihisham, danratusan penulis yang menulis dengan ilmu.
Gembira benar Pak Pandir mendapat rumah baru. Sebuah flat di tingkat 46. Flat tersebut adalah pemberian calon Ahli Parlimen di kawasannya beberapa hari sebelum satu Pilihan Raya Kecil berlangsung. Nak di jadikan cerita, . . . satu petang, Pak Pandir meronda-ronda di sekitar aras rumahnya. Nampaklah oleh beliau sebuah lift. Pak Pandir sebenarnya selalu melihat lift dalam drama TV dan internet. Namun belum pernah mengendalikan lift seorang diri. Jadi, Pak Pandir menggunakan peluang itu untuk 'menaiki' lift. Kebetulan, Mak Andih ketika itu sedang menghadiri kelas senaman.
Setelah masuk ke dalam lift, Pak Pandir menekan semua butang-butang yang ada pada dinding lift. Jadinya, setiap tingkat lift itu akan berhenti. Hairan Pak Pandir melihat keadaan tersebut. Sebab, masa dia menaiki lift dengan Mak Andih , keadaan macam tu tak berlaku. Hangin Pak Pandir. Tiba-tiba lift berhenti. Tak bergerak ke atas, ke bawah. Pak Pandir Gelabah. Lampu pun tiba-tiba padam. "Apa nak jadi aku ni?", keluh Pak Pandir kepada dirinya sendiri.
Setelah hampir setengah jam mengharap keajaiban, Lift masih tidak bergerak. Pak Pandir mula menangis sambil menyebut-nyebut nama Mak Andih. Henset pula lupa bawa. Diketuk-ketuknya dinding lift sambil menjerit meminta pertolongan. Namun usahanya hanya sia-sia. Takde siapa yang mendengar.
Dua jam sudah berlalu. Keadaan masih sama. Pak Pandir benar-benar buntu memikirkan apa yang akan berlaku. Beliau tahu hari semakin menghampiri senja. Apakah sesenja usianya? Fikirnya.
Oleh kerana usahanya hanya sia-sia, dan tiada siapa yang mendengar jeritannya meminta pertolongan, akhirnya Pak Pandir telah pergi ke balai bomba untuk meminta pertolongan.
"Encik bomba, . .saya bla bla dan bla bla . . .", kata Pak Pandir kepada anggota bomba yang menjaga kaunter. Fahamlah para anggota bomba apa yang berlaku terhadap Pak Pandir.
Beberapa anggota bomba kemudiannya dikerahkan untuk memberi bantuan kepada Pak Pandir. Maka selamatlah Pak Pandir.
“Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan (bahan) hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium wanginya Surga.”( Hadits riwayat Abu Dawud,4/419;Shahihul Jami’,8153 (Hadits ini juga diriwayatkan oleh An Nasa’i dengan sanad shahih, Ibnu Baz).)
Perbuatan ini terutama banyak dilakukan orang-orang yang sudah tumbuh uban. Mereka mewarna rambut yang sudah putih itu dengan bahan penghitam rambut, sehingga orang tidak tahu kalau dia telah ubanan. Itu berarti berpenampilan dengan sesuatu yang palsu. Dengan demikian, ia telah menipu segenap hamba Allah.
Tidak diragukan lagi, perbuatan tersebut mengakibatkan banyak kesan yang buruk. Misalnya dalam tingkah laku, bahkan mungkin ia akan merasa sombong dan bangga diri kerana merasa lebih muda dari usia yang sebenarnya.
Berzeda halnya dengan mewarna rambut dengan warna selain hitam. Dalam suatu riwayat disebutkan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewarna ubannya dengan daun pacar (inai) atau semacamnya dengan warna kekuning-kuningan atau kemerah-merahan atau agak dekat ke warna coklat.
Pada hari penaklukan kota Makkah, Abu Quhafah dibawa menghadap kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang kepala dan jenggotnya semuanya telah memutih, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
Kenapa manusia susah sangat nak jadi baik sikit daripada beruk tersebut?
KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM.Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan.
Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama.Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan.
Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama.
Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar.
Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.
Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang.
Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohor diawal kepada jam 12.45 pagi.
Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.
Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu) dan 96.5 Megahertz (Pahang).
Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu.
BANDAR GAZA - Ketua pemimpin pejuang Hamas di Genting Gaza tidak bersedia untuk bertolak-ansur dengan rejim Israel yang melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin, khususnya sejak 2007.
Kenyataan itu dibuat Mahmoud Zahar dalam ucapan di Bandar Gaza, kelmarin, iaitu sehari selepas empat rakyat Israel ditembak mati di dalam sebuah kereta berhampiran penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Hamas mengaku melakukan serangan itu dalam mesej yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wakil media, semalam.
Presiden Barack Obama mengecam hebat serangan itu tetapi masih optimis bahawa rundingan damai antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan berjalan seperti dijadualkan di Washington, bermula semalam.
"Insiden yang berlaku di Tebing Barat pada Selasa tidak harus menghalang rundingan damai yang sedang berlangsung," kata Obama sewaktu menerima kedatangan Netanyahu di Rumah Putih, kelmarin.
Abbas menghadapi masalah untuk mengawal operasi Hamas sejak kumpulan pejuang itu menguasai sepenuhnya Gaza pada 2007 sementara Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas lebih berkuasa di Tebing Barat.
AIR KUNING – “Sebelum memeluk agama Islam, saya sudah teruja dengan ajaran agama ini yang bersifat sepanjang zaman,” kata Norafiqah Abdullah, 32.
Norafiqah yang sudah memeluk Islam sejak 17 tahun lalu adalah salah seorang saudara baru yang menetap di Perkampungan Orang Asli Sungai Kroh Dalam bersama suami dan empat anak mereka.
Norafiqah berkata, sebelum memeluk agama Islam, dia sudah berkawan dan bergaul mesra bersama penduduk Melayu yang menjadi rakan sekolah dan jirannya.
Menurutnya, sejak itu dia mula meminati agama Islam dan memeluknya sejak berusia 15 tahun tanpa sebarang halangan daripada keluarga.
“Selepas dua tahun memeluk agama Islam, saya berkahwin dan mendapat bimbingan agama daripada suami dan jiran terdekat.
“Pernah ada yang tersalah sangka mengatakan saya memeluk Islam sebab ingin berkahwin, namun saya sudah memeluk agama Islam dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan kepada Keluarga Miskin di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning di Tanjung Keramat, di sini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Pengerusi Badan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat (Baiduri) DUN Air Kuning, Datin Rohimah Mohamed Khaironi.
Norafiqah berkata, pada tahun pertama berpuasa, dia berusaha untuk berpuasa penuh dan pengorbanannya ternyata berbaloi.
Katanya, pada mulanya terasa sedikit kesukaran, namun dengan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, dia berjaya menempuhinya.
“Pada tahun pertama berpuasa, saya sudah berjaya menghabiskan sebulan puasa dengan sokongan semua pihak.
“Kini saya ingin menerapkan nilai agama ini kepada anak-anak yang sedang membesar supaya mereka patuh pada ajaran agama,” katanya.
Terus terang saya tidak kenal, malah tidak pernah mendengar pun nama Teo Nie Ching sebelum ini. Rupa-rupanya dia seorang wanita bertubuh langsing, boleh tahan juga wajahnya, dan bergelar Yang Berhormat. Beliau ialah Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang.
Sehari dua ini namanya naik, dan sekelip mata beliau dikenali bukan sahaja di Parlimen yang diwakili, malah di seluruh negara. Beliau disebut bukan sahaja oleh rakyat biasa di kawasannya, tetapi juga oleh para pemimpin kerajaan dan pembangkang, termasuk Perdana Menteri.
Kalau tidak kerana YB berkenaan masuk surau Al-Husna, Kajang, mungkin tidak ramai orang mengenalinya. Niatnya ke surau itu tentu sekali baik, iaitu untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat. Biasalah wakil rakyat menyampaikan sumbangan menjelang hari raya.
Kesilapan beliau ialah masuk ke dalam surau, dengan tidak menutup aurat. Beliau berkebaya, nampak sopan, tetapi mendedahkan rambutnya. Agaknya wakil rakyat Cina itu tidak tahu bahawa rambut juga dikira aurat, dan perlu ditutup. Untuk memburukkan lagi keadaan, Teo dibenarkan pula berdiri di ruang solat utama, dan memberi ucapan ringkas.
Itulah kontroversi terbaru yang sempat menghangatkan suasana puasa dan hari raya kita. Kata sesetengah ulama orang kafir tidak boleh masuk tempat solat Islam, lebih-lebih lagi di ruang utama, dan tidak menutup aurat pula. Ada yang menganggap ini sebagai mencemar kesucian rumah ibadat orang Islam.
Ada pula ulama kata tidak salah orang kafir masuk ke masjid atau surau. Mereka kata zaman Rasulullah dulu orang kafir Quraisy bukan sahaja dibenarkan masuk masjid, malah diberi makan dan boleh tidur di situ. Kalau mereka tidak menutup aurat pun tidak salah sebab yang diwajibkan menutup aurat adalah orang Islam.
Biarlah bijak pandai agama menentukan mana yang salah dan mana yang betul. Kalau itu sesungguhnya satu kesalahan, maka patut sekalilah YB berkenaan dikenakan tindakan yang wajar mengikut undang-undang yang ada. Dan ini sepatutnya dijadikan panduan untuk YB-YB bukan Islam yang lain. Sepatah kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek.
Saya lebih tertarik untuk bercakap mengenai rambut wakil rakyat itu yang didedahkan ketika masuk surau. Sebab ada NGO Islam yang nampaknya marah betul Teo membuka kepalanya ketika berdiri di ruang solat utama. Mereka kata ini satu penghinaan, dan kesucian telah dicemari.
Apakah betul begitu? Kalau betul rasanya ini bukan kali pertama terjadi, dan pasti Teo bukan orang pertama mencemar kesucian tempat ibadat kita. Sebenarnya dalam hal tutup kepala, masjid dan surau kita sudah sekian lama dicemari dan tidak dihormati. Dan, mencemari bukan orang kafir tetapi oleh orang Islam sendiri.
Saya kerap menyaksikan orang kita kahwin di masjid, termasuk di beberapa masjid terkenal di Kuala Lumpur. Di sinilah saya melihat di hadapan mata, orang kita tidak sedikit pun menghormati tatatertib di rumah Allah itu. Mereka yang datang, terutama wanita, ternyata tidak prihatin – mungkin juga mereka tidak mengetahui hukum agama, sama seperti orang bukan Islam.
Bukan salah menjadikan masjid atau surau tempat bernikah. Malah itu mungkin lebih baik sebab mengikat kasih sayang dua insan di rumah Allah. Apa yang salah ialah apabila yang hadir pada majlis tersebut tidak menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. Ramai yang tidak menutup rambut, betul-betul sama seperti Teo masuk surau Al-Huda.
Walaupun di kebanyakan masjid ada peringatan bertulis supaya mereka yang masuk menutup aurat, pada majlis pernikahan amaran itu seperti tidak dipedulikan, dan para pegawai masjid pun tidak berbuat apa-apa apabila ada yang masuk ke dewan solat utama dalam keadaan mendedahkan.
Satu hujung minggu beberapa hari sebelum puasa saya menghadiri upacara akad nikah di sebuah masjid besar di Kuala Lumpur. Mempelai adalah dari keluarga berada dan bergelar. Ada sekitar 50 orang hadir pada majlis tersebut, sebahagian besarnya wanita. Ramai mendedahkan rambut, tidak bertudung walau sedikit pun. Malah ada seorang dua macam megah menayangkan rambut yang telah diwarnakan. Mungkin besar belanjanya mendandan rambut di salun terkenal, sebab itu rasa membazir pula sekiranya yang diset mahal itu tidak ditontonkan kepada umum.
Ramai juga hadir hanya menutup sebahagian kepala. Berselendang, tetapi rambut bahagian hadapan dibiarkan terjurai di atas dahi. Apakah pada hemat mereka bahagian hadapan rambut yang berambu-rambu itu tidak termasuk aurat? Atau, mereka sengaja memperlekeh masjid?
Ada juga hadir bukan sahaja mendedahkan rambut, malah berpakaian mendedahkan lengan, dan apabila duduk bersimpuh kelihatan jelas betis yang putih melepak. Memang saya berdosa masuk masjid dengan mata liar begitu! Tetapi kalau tidak didedahkan, mungkin tidak ada orang akan tengok.
Saya sama sekali tidak menyokong YB wanita DAP masuk ke surau dengan rambut terbuka. Maka, tidak bersetuju jugalah saya pada wanita Islam sendiri yang masuk ke masjid berkeadaan seperti wakil rakyat kafir itu.